Wednesday, 23 November 2011
Rukun-Rukun Solat
Erti Solat
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu.
Erti Rukun
Rukun ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilaksanakan dalam tiap-tiap amalan.
Rukun Solat pula ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat itu.
Rukun Solat ada 13 perkara dan terbahagi kepada 3 bahagian
1.Rukun Qalbi
- Niat.
2. Rukun Qauli
- Takbiratul Ihram
- membaca surah Al-Fatihah
- Membaca Tahiyatul Akhir
- Salawat ke atas nabi dalam Tahiyat Akhir
- Memberi salam pertama.
3. Rukun Fi'li
- Berdiri betul
- Rukuk serta tama'ninah
- Iktidal serta tama'ninah
- Sujud serta tama'ninah
- Duduk antara dua sujud serta tama'ninah
- Duduk tahiyat akhir
- Tertib
Latihan 1
Tuliskan wajib atau tidak wajib solat pada pernyataan di bawah:
a) Abdul Rahman berumur lima tahun. ( __________ )
b) Pak Mat disahkan gila. ( __________ )
c) Abdullah Chin baru memeluk Islam. ( __________ )
d) Rahimah suci daripada haid dan nifas. ( __________ )
Latihan 2
Tandakan ( / ) pada kesan solat dan ( x ) pada bukan kesan solat.
1. Zaid seorang murid yang berdisiplin. ( )
2. Salbiah suka mencuri wang kawannya . ( )
3. Jasman tidak bersyukur dengan kemewahan hidupnya. ( )
4. Salwa sentiasa menjaga dirinya supaya tidak melakukan maksiat. ( )
Latihan 3
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Solat ialah beberapa __________ dan perbuatan yang dimulai
dengan __________ dan disudahi dengan __________ . Rukun
solat ialah perkara-perkara yang ____________ dilakukan semasa
_____________ solat, jika ditinggalkan tidak _________ solat itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment